KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN P.167 KUDAT

KETUA PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN P.167 KUDAT
SH. SAHAR BIN SH. ADING

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh warga ahli Pemuda UMNO Bahagian P167 Kudat kerana telah memberikan kerjasama dan sokongan yang tidak terhingga kepada saya. Sehingga saya berjaya memenangi jawatan Ketua Pemuda Bahagian Kudat ini. Saya berjanji akan melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada saya serta akan mengerah seluruh tenaga dan usaha saya untuk memberikan khidmat yang cemerlang kepada Pergerakan ini.

kita letakkan asas perjuangan Pemuda di atas landasan yang betul. Kita bertekad menggagaskan perjuangan nilai dan makna serta berjuang menjunjung tradisi membela dan membangun bersama rakyat. Kita telah memperkasakan semula Pemuda melalui strategi, pendekatan, pemikiran dan budaya kerja baru. Kita perteguhkan pegangan Islam yang kita junjung. Persepsi terhadap Pemuda telah kita rubah secara kolektif. Kita menjaguhi gerakan keilmuan dan kita halakan sikap radikal kita kepada proses perubahan dan pembaharuan agar UMNO tetap relevan di alaf baru dan kekal sepanjang zaman. Tanpa menoleh ke belakang, seluruh kekuatan Pemuda akan kita gembeling dengan satu suara, satu nada; bila, di mana, walau bagaimanapun jua.

Pelayaran ini bukannya mudah

Hari-hari hitam yang dilalui

Detik-detik putih yang ditempuhi

Datang dan pergi

Namun api yang menyalakan semangat

Tiada pernah padam

Biar siang ataupun malam

Pelayaran ini kau (aku) teruskan

Dan alam pun melihat kerlipan bintang-bintang


Saya ingin mengambil sedikit kesempatan ini, saya mencabar seluruh Warga Putera UMNO khususnya di Bahagian Kudat ini untuk lebih berani maju kehadapan tempuh segala halangan berdiri dengan gagah dan menjadi tunjang kekuatan UMNO parti tercinta.

Putera UMNO perlu lebih bersedia mempersiapkan diri dengan kekuatan jati diri yang tinggi dalam menempuhi cabaran di era globalisasi ini. Saya ingin mengingatkan dan menegaskan supaya kita tidak sesekali mudah terpengaruhi dan percaya dengan dakyah-dakyah yang dimainkan oleh parti pembangkang. Mereka (pembangkang) akan sanggup lakukan apa saja demi mencapai cita-cita peribadi.

Dalam dunia tanpa sempadan, saya suka mengingatkan bahawa hari ini kita tidak lagi bersaing di antara kaum di Malaysia sahaja, sebaliknya kita bersaing dengan seluruh masyarakat dunia. Justeru, kita harus bersedia untuk mendepani cabaran yang amat besar ini. Kita mesti berusaha meningkatkan kemahiran dan nilai tambah di kalangan pelajar Melayu, lebih-lebih lagi dalam bidang sains dan teknologi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan penguasaan pelbagai bahasa, terutamanya bahasa Inggeris yang merupakan bahasa komunikasi utama di dunia ketika ini. Dalam kecenderungan dan kesungguhan menyahut cabaran untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, Pemuda ingin menegaskan bahawa status bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan negara dan sebagai identiti Bangsa Malaysia tidak boleh dikompromi.

Izinkan saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas mandat dan kepercayaan yang telah diberikan sehingga memungkinkan saya terus memimpin Pergerakan ini. Insya-Allah, kepercayaan yang saudara sekalian berikan tidak akan dipersia-siakan. Saya berjanji akan berusaha sedaya upaya untuk menunaikan segala amanah yang dipertanggungjawabkan dengan sebaik-baiknya.

Sekian terima kasih,

Sh. Sahar Bin Sh. Ading
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P.167 Kudat

_____________________________________________________________

CARTA ORGANISASI PEMUDA UMNO BAHAGIAN KUDAT


Asmat Bin Mandin

Pengerusi Tetap

Ahmad Daud Bin Asaratin
Timbalan Pengerusi Tetap

Sh. Sahar Bin Sh. Ading
Ketua Pemuda

Abdul Ghani Bin Haiyun
Naib Ketua Pemuda

Musiral Bin Amang
Penolong Setiausaha

Omar Bin Julkipli
Penolong Bendahari

Mohd. Jinin Bin Andong Ajak
Ketua Penerangan


Ahli Jawatankuasa:

01. Moktar @ Airul Bin Anggut @ Amirol
02. Norsal Bin Ejal
03. Matussin Bin Siad
04. Md. Ashka Bin Alishamion @ Someiun
05. Ibrahim Bin Abdul Sani
06. Haladin Bin Atat
07. Alfian Bin Ismail
08. Irwady Bin Abdul Karim
09. Mohamed Faizal Bin Mohamed Murtaza
10. Sufian @ Nazri Bin Bari
11. Rosley Bin Musteri @ Mustireh
12. Akmat Bin Satur
13. Abd. Salam Bin Yusof @ Yusop
14. Amiluddin Bin Majuki
15. Abdul Malat Bin Sarisil
16. Hamdan Bin Mangsur
17. Roslee Bin Sedikin
18. Joloning Bin Majambu
19. Abdul Azis Bin Awang Salleh
20. Azman Bin Abdul Latip
21. Ramin Bin Pagi
Tiada catatan.
Tiada catatan.